Monday, November 25, 2013

Kisah dalam Surah Tiin

Surau Islamiah.

Surah Tiin, Allah bersumpah atas buah Tiin yang banyak terletak di negara Syam, bersumpah atas buah zaitun, bersumpah atas gunung Sinai di Semenanjung Sinai tempat nabi Musa beribadat secara terus kepada Allah, kisah lembu sabirin yang berwarna emas, dan juga Allah bersumpah atas bumi Mekah dan Madinah.                                          
Tanda-tanda akhir zaman bila mana kaum wanita lebih ramai daripada lelaki, wanita dipergunakan untuk tujuan iklan dsb.,

Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik daripada binatang.

Menjaga solat, dalam surah al-Fatihah, Alhamdulillahi... segala puji hanya bagi Allah, Rabbilalamin.. yang menguasai sekelian alam, malikiyaumiddin menguasai hari pembalasan, Iyyaa.. Hanya Allah tempat kami menyembah dan mohon pertolongan, Ihdinas.. Tunjuk kami jalan yang lurus, Siratolazi... Jalan orang yang Allah beri nikmat,  ghairil... Dan bukan jalan orang yang Allah murkai dan orang yang sesat.
Habib Umar.
8:00pm 23/11/2013

Friday, November 22, 2013

Cinta Dunia

Ustaz Yusri Musa,
Masjid BBA, 
Tazkirah 16 Ramadan 1434H,

Hadis apa yang telah aku larang maka tinggalkanlah, dan apa yang aku perintahkan maka berbuatlah. 
Nabi Muhammad s.a.w ada berkata yang menjadi penghalang masuk ke syurga hanya satu, iaitu barangsiapa yang ikut perintah dapatlah ke syurga tetapi yang bermaksiat tak dapat cium bau syurga.

Tertarik kepada 5 perkara, tiada orang yang mendalami Islam secara jelas, 

1. Golongan yang tak paham Al Quran dan tak menegak Islam, diturunkan sebanyak 23 kali secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. Al-Quran adalah universal merangkumi semua perkara dan jawapan kepada semua isu dan masalah, pentadbiran, 

2. Golongan baca Al-Quran tetapi taknak menafsirnya
3. Baca paham tafsir tapi taknak mengikuti apa yang Al-Quran suruh. 

Penyakit manusia
A. Cinta dunia lupa akhirat tinggal Al-Quran, yang ikut kita selepas mati amalan,
B. Cinta hidup lupa mati,
C. Cinta harta dunia lupa nak infaq harta, 2:171 makanlah hasil yang halal
D. Cinta bangunan tinggi lupa kubur, sahabat tengok kubur takut Allah,
E. Cinta makhluk lupa khalik.

09:47pm Wed 24-07-13

Peristiwa Islam dalam Bulan Islam

Ustaz Ikram
Masjid al-Azim

Peristiwa Islam dalam bulan Islam
Bulan kedua iaitu Safar, maksud dan amalan, amalan khurafat.

Bulan Zulhijjah yang terakhir dalam bulan Islam, ibadah haji, ibadah korban.

Dalam bulaan Safar ada lima hingga lapan peristiwa yang berlaku semasa nabi Rasulullah masih hidup ataupun wafat.

Ketika Rasulullah masih hidup ketika dalam proses dakwah, Darun Nadwah pusat himpunan Quraisy membincangkan tindakan nabi yang membawa agama baru, makin hari makin ramai pengikutnya. Abu Lahab sebagai ketua mengumpul suatu kumpulan untuk menghapuskan segala perkara berkaitan nabi. Nabi saw juga terima ancaman bunuh dan semakin kuat setelah kematian bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah. Allah terus perintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Surah Hujurat, mereka merancang untuk membunuh, tatapi kamu ingat mereka merancang Allah juga merancang.

Rumah Arqam bin Abi Arqam menjadi pusat himpunan Orang Islam diketuai Rasulullah saw yang berhadapan dengan Darun Nadwah.

Peristiwa lain perkahwinan pertama  Rasulullah saw dengan Siti Khadijah. Sejarah perkahwinan Islam Siti Khadijah yang melamar Rasulullah saw, tertarik dengan peribadi Rasulullah saw lalu dihantar wakil untuk meminang berjumpa dengan Saidina Hamzah r.a. sebagai wakil Rasulullah saw.

Sejarah Siti Khadijah binti Khuwailid seorang janda, berumur 40 tahun, jumlah isteri Nabi saw ada sebelas orang dan hanya seorang merupakan anak dara iaitu Aisyah rah. Gelaran Ummu Hendon, pernah berkawin dengan dua lelaki yang telah meninggal dunia, di antara kalangan golongan bangsawan, suami pertama Atid ibnu Abid mendapat Hendon, suami kedua Abhar al Tamimi dan dikurnia dua putri dan dua putra. Lepas mati suaminya baru berkawin dengan Rasulullah saw  dan dihadiah enam zuriat dua laki empat perempuan Abdullah, Qasim, Zainab, Fatimah, Ruqaiyah, Ummu Qalsum. Wanita pertama peluk Islam, meninggal tiga tahun sebelum nabi berhijrah. Dimaqam di Mekah, nabi sendiri turun ke liang lahad.

Ucapan terakhir Khadijah:-

"apabila aku mati jika tulang belulang aku boleh dimanfaatkan untuk Islam, galilah kuburku."

Seafdhal wanita yang akan pasti masuk syurga iaitu Khadijah, Fatimah anak Rasulullah, Asiyah bini Firaun dan Mariam ibu Nabi Isa.

8:30pm 27/10/13

Sunday, November 10, 2013

Mati dalam Husnul Khotimah

Surau Islamiah

Mati dalam husnul khotimah dalam keadaan baik. Mendapat syahid.

8. Sesapa yang mintak syahid dengan Allah bersungguh.
9, 10. Orang yang mati mabuk laut dan mati tenggelam dalam laut.
11. Orang mati dimakan binatang buas.
12. Orang yang mati tersedak ketika minum air.
13. Orang yang pegang teguh agama ketika agama difitnah.
14. Orang yang tergelincir dari puncak gunung. Hadis ibnu Mas'ud
15. Orang yang berjaga di medan perang siang dan malam dan mati terbunuh.
16. Orang yang menghadap pemerintah zalim dan menyarankan agar pemerintah tersebut buat benda baik dan cegah mungkar tetapi dibunuh oleh pemerintah. Akan bersama dengan penghulu syahid.
17. Orang mati mengerjakan amalan baik, mati dalam keadaan berpuasa, sedekah.
18. Orang yang dalam masa sakitnya mengamal doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Jika sembuh akan bersih dari segala dosa.
19. Mati dalam runtuhan timbunan bangunan.
21. Mati kerana sakit perut, menderita sakit perut dan bersabar menanggungnya.
22. Mati dalam keadaan nifas hendak melahirkan anak.
23, 24. Orang mati terbakar dan mati menghidap radang selaput dada.
25,26,27. Orang mati membela agama, jiwa dan keluarga.
28. Orang mati membela harta dan melawan. Seseorang yang datang nak rampas harta dan nak membunuh dia, jika kita mati akan mendapat syahid.
29. Orang mati berperang di medan perang.
30. Orang mati menghidap penyakit paru-paru.
31. Orang mati di Madinah al-Munawwarah.

8:30pm 6/11/13

Wednesday, November 6, 2013

Maal Hijrah 1435

Ustaz Firdaus Mahadi
Islamiah
Maal Hijrah 1435H

Sebelum ada tahun hijriah tiada tarikh khusus. Hanya berdasarkan kejadian besar dan bersejarah dalam tahun itu. Seperti tahun gajah dan laim-lain. Zaman Saidina Abu Bakar masih tiada sebab hanya tiga tahun berkhidmat. Pada zaman Saidina Umar baru ada tarikh hijriah. Di ambil sempena hijratul rasul yang juga usia Agama Islam yang digerak dan dihalaqah oleh Rasulullah.

Tugas Rasulullah saw yang utama iaitu menyucikan manusia. Kebanyakan manusia bila dikatakan mrmbaca al-Quran hanya tahu membaca sahaja tanpa mentadabburkan al-Quran. Rasulullah saw ambil masa 13 tahun menguruskan kerja dakwah Islam sebelum baginda berhijrah. Suraqah bin Malik yang bawa Rasulullah saw ke Madinah adalah seorang Arab yang masih belum Islam lagi. Bila Rasulullah saw di Madinah baginda memulakan tugas dengan membina  Masjid sebagai tanda taqwa.

Ada dua jenis pemimpin iaitu:-
1. Pemimpin yang Aqamasolah iaitu apabila mendengar azan dia bersolat dan bersumpah kepada Allah.
2. Pemimpin Muqimassolah iaitu dia tetap mendirikan solat tetapi belum tentu menerima Islam.

Islam menjaga ekonomi umatnya melalui zakat. Khilafah, Muawiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah Islam masih lagi pegang ekonomi dunia.

Pemimpin yang ajak kerja baik dan mencegah kerja mungkar.

Rasulullah saw menyatukan lebih 80 agama yang ada di Yathrib dengan menggunakan Islam. Orang Munafik yang irihati dan dengki dengan kerja Islam baginda turut membina masjid di Madinah yang lebih cantik dari Masjid Nabawi untuk memecahbelah umat Islam. Di Kelantan ada satu masjid di pulau chondong.

Maqasid syariah, nabi perjuangkan 1. Agama tetapi hari ini orang Islam sendiri mempermainkan agama Islam. Lebih 400 ribu orang islam mohon murtad.
2.Akal, hari ini perkara yang tak masuk akal berlaku seperti kanak-kanak mencabul dan sebagainya yang menunjukkan akal telah dirosakkan.
3. Jiwa annafs. Hari ini berbagai jenayah berlaku.
4. Keturunan, hari ini budak sekolah mengandung di buang sekolah. 300 ribu budak sekolah melahirkan anak luar nikah.
5. Hartabenda, ada duit risau takda duit pun risau.

Yakinlah, yang menyelamat 5 perkara di atas hanyalah undang-undang Allah.

9:00pm 5/11/13

Monday, October 7, 2013

Kunci Taqwa Kepada Allah

Ustaz Syakirin Husin
Surau Islamiah
Tafsir al-Quran Surah al-Imran:15-17

Tunjukilah kami jalan yang lurus, nikmat konsisten di jalan Allah, nikmat hadir sedikit iman, rezki dari Allah. Solat ibadah khusus kepada Allah, kunci kekuatan umat Islam Salahudin alAyubi semasa perang di Palestin. Ketika perang di Turki/ Konstantinopel, Sultan Muhamad al Fateh,

Nikmat ketiga, Allah hadirkan taqwa dan kita mampu lagi bertemu Allah, golongan yang dilindung iaitu ke4 yang bertemu dan berpisah kerana Allah, untuk mencapai matlamat mendapat keredhaan Allah.
Nikmat Allah terlalu banyak, bagaimana kita tunjuk rasa syukur.

Surah anNas, Izzaja anasrullahi walfat, ada tak dalam hidup kita nilai agama. Pembukaan kota Mekah, Nabi masuk dengan naiki unta dengan tunduk kepada bonggol kerana malu dengan Allah. Ayat 2, ramai orang akan masuk Islam berduyun, ayat 3, pujilah Allah. Tiga cara puji Allah, terima kasih kepada Allah dan istighfar kpd Allah, ramai manusia lupa nak mohon ampun kepada Allah, lupa nak rendah diri dihadapan Allah. Ayat 4, sesungguhnya itu sebenar-benar taubat kepada Allah.

Masa kita terlalu banyak untuk memenuhi kehendak hawa nafsu, selepas ibadah umum iaitu bekerja kerana Allah. Hilang punca untuk uruskan ibadah dan taqwa kepada Allah.

Dalam surah al-Imran, Allah nak khabarkan suatu perkara yang baik, jadilah hamba yang bertaqwa di sisi Allah. Taqwa setiap kali khutbah Jumaat, kunci dan paksi kepada umat Islam,

Hadiah taqwa adalah jannah Allah dan kekal didalamnya, sedia pasangan yang halal dan bersih.

Ayat 15 Allah maha melihat kepada semua hamba-hambaNya. Siapa hambaNya yang ambil peluang tawaran Allah, jangan jadi golongan yang menolak tawaran Allah tapi dalam ayat 16 Allah masih terima taubat mereka, Allah tunjuk sifat Maha Adil, Pengasih walaupun hambanya mengecewakan Allah.

Ayat 17, sifat sabar kena ada usaha untuk hasilkan sesuatu, hilang sabar dengan Allah sebab tak boleh duduk lama dalam rumah Allah.

Sifat benar ikhlas kepada Allah. Kena ada sabar dahulu ada usaha baru dapat ikhlas.

Sifat sepenuh ketaatan kepada Allah, istiqamah beribadat kepada Allah, konsisten di jalan Allah, konsisten berjemaah di rumah Allah, matlamat untuk jauhkan dari kesesatan dan dekatkan dengan nikmat Allah.

Sifat belanja harta ke jalan Allah, sejauh mana kita berkorban segala yang ada pada kita ke jalan Allah tak kira harta, masa, diri dan sebagainya.

Allah turut nak lihat bagaimana hambanya ada sifat merendahkan diri ketika masa sahur. Secara khusus Allah tunjukkan masa sahur masa yang cukup tenang, hening, masa paling efektif untuk meluahkan segalanya kepada Allah hingga mampu untuk mengalirkan airmata.

Kelima-lima sifat menjadi kunci kepada ketaqwaan kepada Allah.

3/10/13 8:30pm

Saturday, October 5, 2013

Hadis 40 Imam Nawawi

Ustaz Fadhlulah Ismail
Surau Islamiah
Kitab al Wafi Syara Hadith, hadis 40 Imam Nawawi

Hadis 18 Takwa kepada Allah

Daripada Abu Zar, Abi Rahman daripada Nabi saw bersabda, bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja, ikutilah kejahatan dengan buat kebaikan, kebaikan akan mengatasi kejahatan. Berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.

Hadis adalah sesuatu yang datang daripada Nabi saw sama ada ucapan nabi, perbuatan nabi, diam nabi dan sifat nabi. Malam ini hadis ucapan. Jundup bin Junaidah dan Abi Rahman.

Ittaqillah takutlah kamu kepada Allah, ulamak kata mencari suatu sebagai pelindung terhadap azab Allah. Duduk antara kita dan azab Allah. Manusia dididik untuk takut kepada benda seperti cctv.

Dimana sahaja kamu berada bermakna dalam apa jua keadaan, di mana pun.

Ikutilah makna selepas buat jahat segera buat baik.

Yang menghilangkan kesalahan bermakna buat baik malaikat pandang semula.

Sebab muncul hadis, ketika nabi dengan Muaz b Jabal nak hantar muaz ke negara Yemen, ajar islam, nasihat nabi saw kepada Muaz jangan buat zalim kepada orang yang teraniaya. Kemudian Muaz bertanya adakah Lailahaillah itu salah satu perkara baik? Nabi saw pun menjawab ya dan sebesar-besar kebaikan.

Tika Nabi bersama Abu Zar, Abu Zar berkata ajarkan aku bagaimana aku dapat dekat dengan syurga dan jauhkan diri dari neraka. Apabila Sahabat nabi saw bertanya mereka akan bersungguh-sungguh nak buat. Nabi saw kata buat benda baik dapat 10 kali ganda. Kemudian Abu Zar tanya adakah Lailaha'ilallah itu perkara baik. Nabi saw menjawab Ya malah lebih baik lagi.

Perkara tak baik yang boleh dipadam semula dosanya hanyalah  dosa-dosa kecil, tidak termasuk dosa besar kerana ia perlu disertai dengan solat taubat.

Manusia adalah khalifah di bumi Allah, tidak sama dengan malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah, taat kepada Allah tapi tak campur dengan manusia. Kelebihan manusia berbanding dengan malaikat adalah manusia dapat beribadat kepada Allah dan pada masa yang sama dapat bercampur gaul dengan semua manusia bersosial, berakhlak baik.

Nabi Muhammad saw mengajar kepada kita punca kejayaan adalah taqwa. Ada ayah yang cukup marah bila anak tak pergi tuisyen tapi tak marah bila anak pergi sekolah tak solat subuh. Hanya kerana tuisyen memerlukan duit yang banyak tetapi solat tak perlu mengeluarkan duit. Manusia lebih memandang duit sebagai pengukur kejayaan daripada ibadat.

Orang yang berbuat dosa dan tidak solat masih boleh berjaya dalam hidup tetapi ianya takkan lama.

Suasana memuntahkan ilmu iaitu sumbat hafal ilmu kemudian keluarkan depan kertas periksa. Lepas muntah adakah budak tu nak telan balik muntah tu?

Orang tak solat adalah orang yang khianat kepada Allah.

Islam datang muncul ilmuan yang cemerlang dunia akhirat, contoh ibnu sina, al khwarizmi. Islam betulkan makna kejayaan.

Benda pelik dalam dunia ada 6 mukjizat, karomah, maunah,istidraj mcm firaun nikmat Allah bagi dalam keadaan marah, sihir, irhaz seperti kanak-kanak yang boleh bercakap masa kecil.

Nak dapat taqwa, kita mesti tahu apa yang Allah tak suka dan suka, kena duduk dalam majlis ilmu.

Sesungguhnya Nabi saw memuji orang yang bersusah payah nak pergi ke majlis ilmu. Sememangnya untuk nak dapat masuk syurga perlu bersusah payah dahulu.Nak cepat pergi neraka layanlah benda syahwat.

Segeralah buat baik lepas buat jahat seperti dosa kecil sahaja, dosa besar hanya dengan taubat dan solat taubat.

Amalan kalau buat Allah akan hilangkan dosa dan angkat darjat
1 angkat wuduk secara tenang
2 langkah ke masjid
3 menunggu waktu azan selepas solat sebelumnya.

Hadis tentang Akhlak
Kubak b Amir tentang sebaik akhlak yang sebaik-baik penduduk dunia di akhirat
1 hubungkan silaturahim dengan orang yang putuskan dengan kamu
2 menghalalkan pemberian orang yang mengharamkan pemberiannya kepada kita
3 beri kemaafan kepada orang buat zalim kepada kamu.

Cat Steven kata aku masuk Islam setelah aku mengkaji tentang Islam, jika aku melihat tentang orang Islam nescaya aku takkan masuk Islam.

Syeikh Muhd Abduh kata aku pergi negara arab ramai orang Islam tapi agama Islam tiada di situ, bila aku pergi ke barat tiada orang Islam disitu tapi tiada agama Islam.

Kebersihan adalah sesuatu milik Islam.

2/10/13 8:30pm