Sunday, July 29, 2012

Islam, Iman dan Ehsan

Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,

Tazkirah Ramadhan 10,

Hadis Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Umar berkata satu hari kami duduk di dalam satu majlis kemudian datang seorang pemuda berpakaian putih bersih tiada tanda-tanda seorang musafir dan orang kampung tiada seorang pun mengenali, lalu pemuda itu duduk dihadapan berlaga lutut dengan Nabi s.a.w. sambil tangan diletak atas peha Nabi, dan bertanya kepada Nabi s.a.w.

Pertanyaan pemuda itu adalah kisahkan kepadaku tentang Islam, nabi menjawab lima perkara rukun Islam, soalan lain ceritakan kepadaku tentang iman, ketiga ceritakan kepadaku tentang ihsan, keempat khabarkan tentang hari kiamat assa'ah dan tanda-tandanya, nabi menjawab tanda-tanda kecil kiamat adalah

1. Golongan ibu yang melahirkan tuannya,
2. Orang miskin membina bangunan tinggi.

Selepas orang itu pergi Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Saidina Umar kau kenal ke pemuda itu? Nabi Muhammad  kata itulah Jibril a.s.

Rukun Islam pertama ucap syahadah, apa makna tuhan, dalam Islam ia bermaksud suatu perkara yang kita sembah sama ada layak atau tidak, contohnya pangkat, nafsu, tv, anak beranak dan lain-lain, apabila melebihi daripada batas perkara yang kita pentingkan itu tadi menjadi tuhan yang kita sembah, kita terima Allah sebagai tuhan, tetapi masih melawan tuntutan tuhan dengan kelakuan seperti pembeli di pasar ramadhan yang tidak menutup aurat, begitu juga peniaga di pasar ramadhan tanpa bersolat dan tidak menutup aurat.

Tuntutan syahadah, wajib mempertahan Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnah baginda apabila baginda sudah tiada, menjaga syahadah daripada murtad dan terbatal, tanda iktikad, ucapan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Iman bermakna keyakinan dalam hati, ucap dengan lidah, lakukan dengan perbuatan. Manakala Ehsan pula bermaksud apabila kita tidak mampu melihat Allah, kita kena yakin bahawa Allah melihat kita.

Puasa adalah ibadat senyap tidak seperti solat, zakat, haji dan juga syahadah yang mana orang lain nampak apa yang kita lakukan manakala puasa tiada siapa yang mengetahui sama ada kita berpuasa atau tidak pada hari itu.

Tanda-tanda kiamat seperti terdapat orang miskin melarat sedang membina bangunan tinggi dan orang yang melakukan perkara yang baik akan dihina oleh orang sekeliling manakala orang yang berperangai jahat akan dihormati dan disanjung tinggi.

10:08pm Sun 29-07-12  

No comments: