Monday, July 9, 2012

Isra' Mi'raj


Penceramah : Ustaz Hamzah Ngah,
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang

 Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Mukjizat kedua terbesar selepas Al-Quran. Ada disebut dalam Surah al-Isra'.

Kalau perjalanan normal, Masjidil Haram-Masjid Aqsa mengambil masa sebulan untuk pergi dan sebulan untuk balik semula. Ifrit mengekori Nabi s.a.w sepanjang perjalanan dan Jibril a.s. memberikan Nabi s.a.w. doa untuk memusnahkan Ifrit.

Ketika dalam perjalanan, Nabi s.a.w. dinampakkan orang bercucuk tanam dan menuai pada masa yang sama. Selepas itu Nabi s.a.w. tercium bau wangi daripada sikat Mashitah pembantu puteri Firaun.

Kemudian Allah tunjuk kepada Nabi Muhamamd S.a.w. siksaan orang yang meninggalkan solat fardhu. Nabi s.a.w juga melihat:-

2.Manusia berbogel hanya memakai cawat sedang makan rumput tajam tanda tidak keluarkan derma dan keluarkan zakat.

3.Manusia yang memakan daging busuk tanda orang yang berzina.

4.Batang kayu tajam yang menyangkut baju orang tanda orang yang menghalang orang lain membuat kerja ke jalan Allah. Tanda orang tak amanah ke atas jawatan yang diterima.

5.Gunting lidah tanda orang yang suka membuat fitnah.

6.Orang mencakar badan sendiri tanda orang itu suka umpat keburukan orang.

7.Lembu keluar dari lubang kecil dan ingin masuk semula tanda orang itu suka bercakap besar.

8.Orang menelan api neraka dari mulut dan keluar melalui dubur menandakan orang tersebut suka makan harta anak-anak yatim.

9.Wanita digantung buah dadanya tanda perempuan yang melacurkan dirinya dan membuang anak yang dilahirkan.

10.Perut orang membesar sebesar rumah tanda makan hasil riba'.

Kemudian Nabi s.a.w. terdengar orang memanggil namanya, Nabi s.a.w tidak menyahut balik dan teruskan perjalanan. Jibril a.s. berkata itu adalah panggilan daripada Yahudi dan Nasrani.

Ternampak perempuan cantik yang penuh dengan perhiasan yang memanggil Nabi tapi Nabi tidak sahut. Perempuan itu adalah dunia. Perempuan seterusnya adalah iblis. Akhirnya Nabi s.a.w sampai ke masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Malam 27 Rejab. 08:02pm Fri 09-07-10

No comments: