Sunday, July 29, 2012

Sejarah Al-Quran

Penceramah : Ustaz Muhammad Fauze Husain,
Tempat : Surau Islamiah,
Kuliah Subuh,

Ramadhan nak masuk fasa ke 2, bulan ibadah, bulan Al-Quran, bulan jihad, bulan zakat,

Al-Quran kalam Allah, soal keimanan, alif itu bukan sekadar satu huruf tetapi sebahagian daripada Al-Quran, hendak baca Al-Quran wajib berwuduk, wajib bertajwid, Imam Ahmad pernah berkata Al-Quran itu baharu, lalu dia telah ditangkap.

Nama lain Al-Quran ada 9 antaranya alkitab, alzikri, annur, alfurqan, albainat,  alhuda. Dipelihara di Luh Mahfuz diturunkan sedikit demi sedikit,  sahabat-sahabat dan isteri-isteri nabi s.a.w. menghafal Al-Quran, ayat pertama diturunkan surah Iqra ayat akhir,

Zaid bin Sadiq berkata pada suatu masa Nabi s.a.w. duduk bertindih paha dengan Saidina Jibril a.s. ketika hendak menyusun ayat-ayat Al-Quran, Selepas perang ramai sahabat yang tahfiz Saidina Abu Bakar mencadangkan kepada Saidina Osman untuk membukukan Al-Quran, versi Habsah letak di rumah Habsah. Usman perbanyakkan Al-Quran, Khalifah Malik b Marwan, Sheikh al Aswad letak titik bawah huruf Ba,

Al-Quran dicetak di Hamburg Jerman pada tahun 1694,

Diturunkan untuk
1. Memberi tazkirah, Saidina Umar berubah disebabkan Al-Quran.
2. Menjadi syifa' dan rahmat,  penyembuh penyakit jasad dan roh,

Suatu ketika seorang yahudi berusia 70 tahun membawa seorang cucu usia 10 tahun ke pasar, tiba di satu kedai buah cucu tadi mengambil buah lalu terus makan, si datuk ternampak dan terus memukul cucu tadi. Saidina Umar ternampak dan bertanya kepada datuk yahudi tadi kenapa dia memukul cucunya itu, dia menjawab bahawa cucunya itu tidak menghormati orang islam yang sedang berpuasa ramadhan.

Tak hormat Al-Quran jenayah bertambah, Nabi ada berkata
1. Sebaik-baik pekerjaan didunia adalah membaca Al-Quran dan mengajar Al-Quran,
2. Terangi rumah dengan solat dan Al-Quran.
3. Hidangan daripada Allah, tengok Al-Quran dapat pahala, imam hazir cerita pasal Toibah minum darah bekam nabi.

Ketika kita hidup Al-Quran mati, ketika kita mati Al-Quran hidup, imam Hassan Basri berkata Al-Quran adalah surat kiriman daripada Allah. Al-Quran ada ancaman Allah melaknat mereka yang  membaca dengan tujuan untuk menang dapat piala bukan pahala. Alfurqan:30 sesungguhnya kaumku tinggalkan membaca Al-Quran, tidak faham Al-Quran.

Glenn Stone bekas PM Britain kata Al-Quran adalah nadi umat islam kita harus pisahkan. Kita sudah terikut-ikut sekular sampaikan agama boleh menjadi pilihan antara lukisan dan agama.

Kehidupan hanya kitaran semata, masa yang kita ada ini kita khatamkan Al-Quran. Akan diberi syafaat di akhirat.

07:31am Sun 29-07-12

No comments: