Tuesday, July 24, 2012

Keistimewaan Ramadhan

Penceramah : Ustaz Mohd Hanif Ghazali, dari Madrasah al-Zainab Merbok Kedah,
Tempat : Surau Islamiah,

Tazkirah Ramadhan ke5

Bilangan bulan dalam setahun Hijriah sama seperti bilangan anak Nabi Yaakub iaitu 12 orang, dan bulan ke 9 Ramadhan sama seperti Nabi Yusuf yang diberi pelbagai ujian sehingga diberi darjat yang tinggi, menjadi Menteri Kewangan ketika seluruh negara dilanda musim kemarau.

Setiap bulan puasa ada kuasanya tersendiri, seperti bangsa Yahudi turut berpuasa mengikut kalendar mereka, bangsa Kristian juga puasa. Allah meringankan dan membezakan puasa orang Islam dengan adanya bersahur. Segala ibadah wajib dan sunat ada kekuatannya sebagai contoh bersugi.

Perang Islam banyak berlaku ketika bulan Ramadhan, menunjukkan bahawa Ramadhan bukan bulan kelemahan bagi umat Islam, ia juga merupakan peperangan melawan nafsu. Pemula terawih 20 rakaat oleh Saidina Ubai bin Kilab dan seorang lagi Saidina yang mana ia berlaku di zaman Saidina Umar al-Khatab.

Keistimewaan di bulan puasa iaitu malam Lailatul Qadar yang bersamaan dengan 1000 bulan, Imam Hasan as-Sazni berkata Imam al-Ghazali ada mengatakan bahawa terdapat 5 orang yang tidak mendapat keampunan ketika Lailatulqadar:-

1. Orang syirik yang tidak disedari
2. Orang yang derhaka kepada ibubapa,
3. Orang Musyahin iaitu orang yang menjadi batu api, menghina nabi s.a.w. dan isteri-isteri baginda serta sahabat-sahabat,
4. Orang yang minum arak dan berzina pada bulan Ramadhan dan
5. Orang Mujahirun orang yang tidak menutup aurat,

Sesiapa yang solat jemaah pada tiga waktu iaitu Maghrib, Isyak dan Subuh pasti akan dapat Lailatul Qadar, ditambah dengan terawih dan membaca Al-Quran, tidak perlu tunggu perkara pelik seperti pokok tunduk dan air beku.

Madrasah zubaidah, merbok, ust ramli shafie ubat sapu  10:13pm Tue 24-07-12    

No comments: