Wednesday, July 25, 2012

Ujian Taqwa

Penceramah : Ustaz Rozalie Hj Zahari, 
Tempat : Masjid al-Azim 

Ada sebab bila Allah memfardhukan ibadat seperti solat dan puasa bulan Ramadhan, ada tanda Allah nak menguji ketakwaan hambaNya. 

Jika dibulan selain Ramadhan kita amat payah untuk ibadat fardhu apatah lagi yang sunat, berbeza pula pada Ramadhan apabila di siang hari diwajibkan berpuasa lapar dahaga, pada malamnya pula umat Islam masih mampu untuk beribadat solat fardhu maghrib dan isyak berjemaah, berterawih 8 ataupun 20 rakaat, witir lagi, berqiamulail pula di 2/3 malam, maka di sini Allah nak tunjuk tanda-tanda orang bertakwa itu adalah orang yang konsisten ibadatnya, kena jaga agar jangan batal puasa & hilang pahala puasa. 

Ada suatu cerita seorang lelaki dari luar kampung telah terlihat satu kubur yang bercahaya sangat terang sehingga menerangi awan di waktu malam. Lelaki itu berfikir pasti kubur itu milik para imam, bilal atau siak masjid kampung tersebut. Lalu dia memacak sebatang kayu pada kubur tersebut. 

Keesokan pagi, lelaki tadi pergi bertanya orang-orang kampung milik siapa. Orang kampung menjawab bukan milik pak imam seperti sangkaan lelaki tadi tetapi ia adalah milik seorang petani yang tidak boleh membaca Al-Quran tetapi sangat cintakan ayat-ayat Al-Quran, bertahun-tahun dia berdoa setiap malam sehingga menangis basah dan lusuh Al-Quran hinggalah akhirnya meninggal dunia dan Allah menerima doanya.

Dan lagi perbanyakkan berselawat ke atas Nabi s.a.w. ketika di bulan Ramadhan ini. 

09:16pm Wed 25-07-12

Syarat Riddah



Penceramah : Ustaz Ismail Abas,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab Rujukan : Kitab Tuhfatur Roghibin (mukasurat 24)




Syarat hasil riddah yang bermaksud murtad ada 3 perkara:

1. Berakal bukan gila,
2. Baligh bukan kanak-kanak,
3. Ikhtiar bukan dengan tak sengaja atau paksaan.

Tidak boleh dihukum bunuh selagi dia mengaku gila, jika dia mengaku murtad wajib disuruh bertaubat dengan segera.

Hukuman syariah diturunkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah bertujuan untuk:-

1. Menjaga agama
2. Menjaga nyawa
3. Menjaga akal
4. Menjaga tubuh badan kesihatan
5. Menjaga harta.

Maka selain dari hukuman lain akan memporak perandakan bumi Allah.


08:44pm Wed 08-02-12

kredit gambar [jualkitablangka]
 

Tuesday, July 24, 2012

Keistimewaan Ramadhan

Penceramah : Ustaz Mohd Hanif Ghazali, dari Madrasah al-Zainab Merbok Kedah,
Tempat : Surau Islamiah,

Tazkirah Ramadhan ke5

Bilangan bulan dalam setahun Hijriah sama seperti bilangan anak Nabi Yaakub iaitu 12 orang, dan bulan ke 9 Ramadhan sama seperti Nabi Yusuf yang diberi pelbagai ujian sehingga diberi darjat yang tinggi, menjadi Menteri Kewangan ketika seluruh negara dilanda musim kemarau.

Setiap bulan puasa ada kuasanya tersendiri, seperti bangsa Yahudi turut berpuasa mengikut kalendar mereka, bangsa Kristian juga puasa. Allah meringankan dan membezakan puasa orang Islam dengan adanya bersahur. Segala ibadah wajib dan sunat ada kekuatannya sebagai contoh bersugi.

Perang Islam banyak berlaku ketika bulan Ramadhan, menunjukkan bahawa Ramadhan bukan bulan kelemahan bagi umat Islam, ia juga merupakan peperangan melawan nafsu. Pemula terawih 20 rakaat oleh Saidina Ubai bin Kilab dan seorang lagi Saidina yang mana ia berlaku di zaman Saidina Umar al-Khatab.

Keistimewaan di bulan puasa iaitu malam Lailatul Qadar yang bersamaan dengan 1000 bulan, Imam Hasan as-Sazni berkata Imam al-Ghazali ada mengatakan bahawa terdapat 5 orang yang tidak mendapat keampunan ketika Lailatulqadar:-

1. Orang syirik yang tidak disedari
2. Orang yang derhaka kepada ibubapa,
3. Orang Musyahin iaitu orang yang menjadi batu api, menghina nabi s.a.w. dan isteri-isteri baginda serta sahabat-sahabat,
4. Orang yang minum arak dan berzina pada bulan Ramadhan dan
5. Orang Mujahirun orang yang tidak menutup aurat,

Sesiapa yang solat jemaah pada tiga waktu iaitu Maghrib, Isyak dan Subuh pasti akan dapat Lailatul Qadar, ditambah dengan terawih dan membaca Al-Quran, tidak perlu tunggu perkara pelik seperti pokok tunduk dan air beku.

Madrasah zubaidah, merbok, ust ramli shafie ubat sapu  10:13pm Tue 24-07-12    

Sunday, July 22, 2012

Doa Yang Mustajab Dalam Ramadhan

Penceramah : Ustaz Najihan Abd Halim
Tempat : Surau Islamiah
Tazkirah Ramadhan ke2

Ada 7 perkara penting dalam hidup kita yang boleh kita masukkan dalam doa kita sepanjang bulan Ramadhan:-

1. Bersih suci hati, jauhkan hati dari syirik, puasa bukan setakat lapar dahaga tapi dengan pahala yang tak berkurang.
2. Dapat pasangan suami/isteri soleh/solehah, didik isteri dengan ilmu agama
3. Anak yang soleh dan solehah, jadi mursyid kepada anak-anak dengan buat dulu atau menjadi contoh,
4. Rezki yang halal, tetap bahagia walau rezki tak banyak tapi berkat
5. Suasana dalam rumah yang diredhai Allah
6. Ilmu agama, kefahaman agama tak semestinya banyak
7. Umur yang berkat, rajin bersedekah, jaga ibubapa, hubung silaturahim.

Semoga doa kita diterima Allah, amin.

10:02pm Sun 22-07-12

Tuesday, July 10, 2012

Soal Hati

Penceramah : Ustaz Firdaus Yahya
Tempat : Pejabat IISB

Pentingnya hati, sehinggakan diri manusia bergantung kepada hati. Menggunakan hati sebagai pandangan perjalanan hidup. Pandangan hati itu yang hakiki dengan syarat hati bersih, pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan akal selalu tersalah, Lirik lagu hijaz. Pandangan hati menafsir perkara yang tersirat. 

Surah Baqarah 2:183-185, diwajibkan atas kamu berpuasa, zaman Nabi Isa telah diwajibkan puasa, mukjizat yang ada tempoh pada Nabi Muhammad s.a.w. seperti keluar air di celah jari. Tapi Al-Quran mukjizat tiada tempoh. Puasa telah diwajibkan pada tahun ke 2H. Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan. 

Buku Sheikh Marbawi Mukjizat Al-Quran. Surah Taha, Saidina Omar mendengar, menangis hingga masuk Islam. Al-Quran diturunkan ketika zaman Nabi s.a.w. dan zaman pakar-pakar bahasa, penyair dipandang tinggi. Terkandung segala ilmu Allah. 

Nabi telah berjanji kepada umatnya jika kita berpegang 2 perkara kita tak akan tersesat iaitu Al-Quran dan Assunnah.

Kuliah Zohor IISB, 11:19am Fri 09-07-10

Monday, July 9, 2012

Isra' Mi'raj


Penceramah : Ustaz Hamzah Ngah,
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang

 Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Mukjizat kedua terbesar selepas Al-Quran. Ada disebut dalam Surah al-Isra'.

Kalau perjalanan normal, Masjidil Haram-Masjid Aqsa mengambil masa sebulan untuk pergi dan sebulan untuk balik semula. Ifrit mengekori Nabi s.a.w sepanjang perjalanan dan Jibril a.s. memberikan Nabi s.a.w. doa untuk memusnahkan Ifrit.

Ketika dalam perjalanan, Nabi s.a.w. dinampakkan orang bercucuk tanam dan menuai pada masa yang sama. Selepas itu Nabi s.a.w. tercium bau wangi daripada sikat Mashitah pembantu puteri Firaun.

Kemudian Allah tunjuk kepada Nabi Muhamamd S.a.w. siksaan orang yang meninggalkan solat fardhu. Nabi s.a.w juga melihat:-

2.Manusia berbogel hanya memakai cawat sedang makan rumput tajam tanda tidak keluarkan derma dan keluarkan zakat.

3.Manusia yang memakan daging busuk tanda orang yang berzina.

4.Batang kayu tajam yang menyangkut baju orang tanda orang yang menghalang orang lain membuat kerja ke jalan Allah. Tanda orang tak amanah ke atas jawatan yang diterima.

5.Gunting lidah tanda orang yang suka membuat fitnah.

6.Orang mencakar badan sendiri tanda orang itu suka umpat keburukan orang.

7.Lembu keluar dari lubang kecil dan ingin masuk semula tanda orang itu suka bercakap besar.

8.Orang menelan api neraka dari mulut dan keluar melalui dubur menandakan orang tersebut suka makan harta anak-anak yatim.

9.Wanita digantung buah dadanya tanda perempuan yang melacurkan dirinya dan membuang anak yang dilahirkan.

10.Perut orang membesar sebesar rumah tanda makan hasil riba'.

Kemudian Nabi s.a.w. terdengar orang memanggil namanya, Nabi s.a.w tidak menyahut balik dan teruskan perjalanan. Jibril a.s. berkata itu adalah panggilan daripada Yahudi dan Nasrani.

Ternampak perempuan cantik yang penuh dengan perhiasan yang memanggil Nabi tapi Nabi tidak sahut. Perempuan itu adalah dunia. Perempuan seterusnya adalah iblis. Akhirnya Nabi s.a.w sampai ke masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Malam 27 Rejab. 08:02pm Fri 09-07-10

Saturday, July 7, 2012

Anugerah Allah



Penceramah : Ustaz Idris Ahmad,
Tempat : Masjid al'Azim,
Kitab Rujukan : Umum

1. NIKMAT mendapat ilmu pengetahuan.

Sura al alaq, iqra. Tuntut ilmu wajib bagi setiap orang islam.
Sura annahli:78, Allah keluarkan kamu dalam keadaan tidak tahu apa-apa, Allah berikan pendengaran, penglihatan dan hati, semoga kamu bersyukur.

2. NIKMAT mendapat rezeki.

Surah alfatil:3, Allah bagi rezeki kepada manusia untuk kita kenangkan.
Untuk dapat rezeki perlulah berusaha. Orang bukan islam turut mendapat rezeki kerana mereka berusaha untuk dapat rezeki. Rezeki juga berupa ujian daripada Allah. Waktu senang manusia mudah lupa atau kurang pergantungan kepada Allah.

3. NIKMAT orang beriman mendapat jalan kehidupan ke akhirat yang lurus.

Surah alhujarat:17 Nabi Muhammad s.a.w. tak mampu memberi hidayah kepada kita kecuali hanya daripada Allah.

4. NIKMAT kasih sayang sesama muslim.

Surah al imran:103 ikatan ukhuwah yang terjalin walaupun tidak mengenali antara satu sama lain contohnya isu palestin.

7:57pm Wed 07-07-10